Sunday, March 29, 2009

Punca Bateri Laptop Cepat Habis

Mungkin anda mengalami masalah bateri yang cepat berkurangan kuasanya menurun setiap bulan sehingga 1 jam sahaja walaupun dicas penuh. Anda boleh memanjang masa penggunaan notebook jika menggunakan bateri jika anda boleh melakukan langkah di bawah.
Pertamanya, anda perlu faham bahawa kadar processor bekerja mengikut berapa banyak aplikasi yang anda jalankan. Banyak aplikasi dilancarkan lebih banyak kuasa yang digunakan. Kurangkan aplikasi tidak penting semasa menggunakan bateri. Malware juga boleh mengganggu aplikasi.
2) Elak menyambung alatan USB. Sambung alatan USB (seperti thumbdrive semasa perlu sahaja. Jika anda menggunakan removal harddisk, anda bayangkan berapa banyak kuasa yang diperlukan untuk memusingkan disk dan membaca data.
3)Intel Core (semua yang mempunyai cap Core) mempunyai bug di dalamnya yang akan menyebabkan bateri cepat habis jika alatan USB disambungkan. Dapatkan patch dari Microsoft. http://support.microsoft.com/?kbid=936357 . Tapi hanya untuk Windows original sahaja.Tidak semestinya mengikut langkah diatas bateri tahan lama.
Perlu diingat, bateri mempunyai hayat yang pendek. Mungkin selepas setahun, bateri tidak lagi boleh dicas. Maka, dapatkan bateri yang baru.Juga penggunaan bateri. Apabila bateri sudah penuh cabut wayar adaptor,jika dibiarkan sahaja kebarangkalaian bateri cepat rosak adalah besar. Macam bateri handphone juga,Langkah-langkah ini hanya untuk memanjang tempoh penggunaan bateri pada satu-satu masa sahaja.

Petua Awet Muda... :)

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud

Sentiasa tenang dan bersikap positif

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.
View technorati.com

Beza Antara Mentega Dan Marjerin (Differences Between Butter And Margarine)

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega.

Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ....
perbezaan antara marjerin dan mentega?Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama.

Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain.

Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda.

Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterolberbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risikopenyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulinsemula jadi badan.Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh..
Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya.

Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.

Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?BAGUSLAH KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Tuesday, February 17, 2009

Resepi KeK CoklaT...Sedap....

Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan


Bahan A


2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung coklat
1 camca besar baking soda
1 camca besar bikarbonat
1 camca besar cream of tartar

Bahan B


5 biji telur
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak seri murni
1 cawan air suam

Cara Membuatnya

1. ayak bahan A 3 kali.

2. pukul teler dengan gula sampai kembang.

3. masukkan semua bahan B.

4. Masukkan bahan A ke dalam adunan B.

5. Kukus sampai masak

Terima kasih Ayah Ummi


Ayah Ummi....
lamer cik x balik rumah...rindu rasenyer..
Sayang Ayah Ummi....

Saturday, February 14, 2009

5 Jenis Racun

Dunia itu Racun..........zuhud ubatnya,
Harta itu Racun..........zakat ubatnya ,
Perkataan itu Racun..........zikir ubatnya,
Seluruh umur itu Racun..........taat ubatnya,

Seluruh tahun itu Racun..........Ramadhan ubatnya,

Thursday, February 12, 2009

Alhamdulillah...
akhirnya tirah dapat buat satu blog untuk tirah kongsi hidup ini dengan kawan2 trah..
Tirah akan kongsi seberapa ilmu yang ada...
jumpa lagi...